Taklimat Advokasi E-Waste Bersama Guru Agama Daerah Selama
15 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniSeramai 17 orang guru dari Sekolah Agama Rakyat sekitar Daerah Selama telah datang ke Pusat Internet 1 Malaysia Kubu Gajah untuk membuat kerja mengemas kini data pelajar. Sebelum itu, satu sesi taklimat advokasi telah diadakan. Tajuk taklimat yang diberikan ialah mengenai E-Waste.
Tujuannya ialah untuk menambah kesedaran kepada masyarakat untuk mengitar semula gajet yang telah rosak dan dijadikan bahan baru. Selain itu, kitar semula gajet elektronik juga bertujuan untuk menyelamatkan bumi dan juga alam sekitar dari bahan kimia merbahaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: